Thursday, February 25, 2016

Dia Uji Sebab Sayang



2 kali Allah ulang dalam Al-Quran..

"Fainna ma'al 'usri yusro.. Inna ma'al 'usri yusro.."

Warning: This entry will be a veryyyyy looong entry.. So. please bear with me untuk siapa-siapa yang nak baca.

Allah datangkan ujian yang berbeza untuk setiap hambaNya. Ikut kadar kemampuan manusia itu. Tapii... fitrah manusia barangkali.. yang menganggap semua orang punya rasa yang sama.

"Jangan ikutkan badan sangat."
"Kena lawan."
"Jangan buat-buat lemah."

Dek kerana ikut nasihat orang sekeliling, dia yang muntah lebih 30x sehari tu pun cuba bertahan. Keluar dari rumah dan end up satu badan berpeluh dan hampir pitam. Dek kerana ikut cakap orang kena lawan, dia try buat kerja rumah macam biasa walaupun badan tak larat dan menggigil. Dan end up makin teruk muntah sampai tak berhenti dan hampir demam. Tu belum lagi dengan yang kata "dah lebih 3 bulan pun still alah?"

Dalam buku medic takde yang mention start 3 bulan 1 hari terus boleh berlari-lari main layang-layang. Believe me. Takde. Ada orang alah sampai 5 bulan. Paling teruk sampai nak bersalin pun masih muntah atas katil.

Takde orang yang nak buat-buat lemah sampai apa-apa makanan or minuman semua keluar balik sampai berat badan turun mendadak. Takde orang yang mintak even air masak pun dia tak boleh telan. Takde orang yang buat-buat tak larat sampai solat pun kena duduk.

Daya tahan manusia tu berbeza setiap orang. Jangan hanya kerana pengalaman kamu lebih, anak dah ada 2, 3, 4 kamu boleh pandang rendah pada orang lain.

Sebab... mungkin kamu tak rasa apa yang dia rasa. Setiap pagi bangun solat dan doa supaya diberi kekuatan untuk larat solat 5 waktu. Hanya berdaya untuk ke sinki dan muntah. Bangun untuk berjalan dalam rumah pun takde kekuatan. Apatah lagi luar rumah.

Dan kamu boleh kata
"Orang lain pun pregnant jugak tapi tak teruk pun."
"Aku dulu boleh je lawan."

Kamu pernah ke alah teruk sampai kena drip air dalam badan  sebab badan dah takde air? Kamu pernah ke rasa sampai dah masuk 4, 5 bulan tapi setiap kali makan dan minum terus muntah? SETIAP KALI. Setiap hari kamu hanya mampu menangis mintak kekuatan dari Allah. Time solat menangis. Time hujan menangis. Cuma mampu berdoa dan terus berdoa mintak belas dari Tuhan.

Hanya kita yang tahu perihal diri kita. Bukan kamu. Bukan kau. Bukan dia. Cuma... Kalau boleh jangan tambahkan kesedihan orang yang tengah cuba untuk bertahan dan mencari kekuatan. Stop comparing and stop judging. Cukup sekadar doakan dia cepat sembuh dan moga-moga sakitnya itu boleh menjadi penawar dosanya.

Dan bila ada orang yang compare
"Akak ipar saya pregnant jugak tapi okay je."
I will smile and replied "Allah bagi dugaan setiap orang lain-lain."

I have a friend yang berpengalaman gugur masa first time dia pregnant. And when she pregnant for the second one, I asked her "alah teruk tak kali ni?" And she said "Alhamdulillah. Takde alah langsung sepanjang 9 bulan pregnant ni. Boleh bekerja dengan jayanya. Rasa macam tak pregnant pun." And i tot shes soooo lucky. But then saya terfikir... Allah pernah bagi dugaan hebat pada 1st pregnancy dia. Semuanya ada hikmah. And i also has 1 friend yang dia alah 2 minggu je and then terus ok. But then I received the news that the baby didnt survived and dia baru habis berpantang sekarang.

Even to my bestfriend yang baru berkahwin dan untuk semua orang sekeliling saya, saya tak pernah sekali pun bagi nasihat macam "Doa la kamu tak kena alahan teruk macam saya." Sebab saya tahu aturan Allah tu dah cukup cantik. Dia tahu kekuatan dan kelemahan semua hambaNya.

1 hari..., time tu saya baru 3 bulan lebih.. Suddenly saya boleh berjalan dan bercakap macam biasa walhal sebelum tu nak bercakap pun susah. Bila buka mulut je trus muntah. Tapi haritu saya siap boleh tolong kakak goreng ikan la, lipat baju la.. You have no idea how grateful I was at that time. Walaupun Allah masih tak tarik dugaan muntah sampai sekarang.. Tapi bila Allah bagi nikmat tenaga dan kekuatan tu pun dah cukup buat saya sujud syukur setiap kali lepas solat.

Bila kita dah sakit teruk dan terlantar, time tu la banyak benda yang buat kita insaf. As for me, i keep thinking pasal orang-orang tua yang terlantar sakit dan orang yang menghidapi kanser yang bertarung untuk hidup. Setakat sakit few months macam saya ni, apalah sangat nak compare dengan diorang. Until my 2nd trimester, I still vomit more than 10 times a day. Badan kurus kering, muka cengkung dan berat badan tak cecah 50kg pun. Bercinta la dengan weigh scale tu hari-hari tengok angka 46/47. Until i went to KPJ, the specialist thought saya kena sakit tiroid sebab berat turun banyak. But after ujian darah semua, he called me and said "Darah awak sume ok. Awak kena bersabar jela dengan semua alahan tu."

Amboii Doc.. senangnya bagi nasihat suh bertabah.-.-"



Saya ada sepupu yang alergy teruk during her pregnancy. Habis satu muka penuh jerawat dan bintik2. Doc kata alergy tu jadi sebab percampuran darah dengan hasben dia. So.. 9 bulan la muka dia macam tu. And you know what, sekarang anak dia yang 1st tu tersangatttt la comel, petah dan behave. Baru 4 tahun boleh pesan kat my dad "Atok bawak kete elok-elok tau. Dah mendung ni nak hujan." Alahaiii Irfan.. comelnya la awak..

HCG (Human Chorionic Donadotrophin) tu hormon yang di-produce masa pregnant. HCG ni yang bantu baby untuk terus survive and grow. Kalau HCG level tinggi, makin teruk level ibu mengandung tu dapat alahan dan at the same time makin sihat baby dalam kandungan. Thats why I said earlier, jangan sesekali doa supaya takde alahan. Just terima je apa yang Allah dah tetapkan. Nak jadi ibu kena lah kuat kan..

Saya pernah cerita kat kawan tentang teruknya masa 4 bulan pertama sampai takleh bangun tu. Then, this 1 friend beritahu yang dia sangat teringin nak rasa morning sickness, nak jugak rasa berat turun masa pregnant. Tipu la kalau saya cakap saya tak sentap langsung bila dengar macam tu. Its just... Supposedly, mana ada orang dalam dunia yang nak sakit? Teringin nak rasa tak larat dan tak berdaya? Siapa nak nikmat sihat tu ditarik sampai berbulan-bulan? But then.. saya diam je la.. Tak lama lepas tu, lepas sebulan lebih... that friend whatsapp dan bagitau yang dia baru lepas operate. Dia pregnant for her second baby tapiii Doc diagnosed she had Molar Pregnancy dan perlu gugurkan secepat mungkin before sel tu jadi kanser. Molar pregnancy tu jadi bila persenyawaaan berlaku tapi zigot tu tak membentuk jadi janin, sebaliknya jadi sel-sel macam gugusan anggur. Allahuakbar.. Sel-sel ni memang bahaya untuk ibu. Tu yang kena operate cepat-cepat. Dia alami symptom sama macam ibu mengandung yang lain but even worst. Dia cerita yang dia muntah teruk sampai tak larat nak bangun n pergi kerja. She even said "Taubat dah taknak mintak morning sickness lagi. Aku dah rasa. Memang takleh tahan."

Tak kira apa pun dugaan yang kita dapat, kita kena redha. Kalau tak larat, kita ada Tuhan kan.. Mengadu la banyak-banyak kat Dia. Allah sayang setiap hambaNya. Ingat ni je... Nak dapat pelangi, kena ada hujan dulu. Lagi berat ujian, lagi sayang Allah kat hamba Nya. Bak kata Fatin setiap kali sy ngadu yang saya tak larat dan down bila tengok orang lain peknen boleh makan sedap-sedap n rilek je, Fatin mesti cakap "Kak efie sabar la. Nanti anak kak efie mesti lagi soleh solehah dari anak orang lain." Terus sy gelak dengar dia cakap camtu. Thanks dear sebab selalu bagi kata semangat. Very comforting..

Jadi.. Moral of the storyyy... is.. kita kenalah yakin dengan Allah dan Syukurrrr Selaluuuu... In shaa Allah.. everything will turn out to be OK!:)


Wednesday, February 24, 2016

Assalamualaikum Dunia...

In the name of Allah..


















Hi there! And now... drum roll please..

I announce and rasmikan my new blog. (zaman sekarang ada lagi ke orang tulis blog lagi?). keke..

Heres what I wish and hope for..

To be a good wife and mom.

To lead a happy life.

To be happy and blessed.

To enjoy every tiny bits of moments in my life.

To cherish every good or bad things happened.

To defeat darkness and spread the light.

Keep smiling and be thankful. Alhamdulillah..:-)

Amin...